Assalamualaikum...
Bahasa rojak merupakan bahasa yang mempunyai istilah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama. Bahasa rojak dinamai dengan perkataan rojak kerana tindakan yang mencampur-adukkan bahasa boleh disamakan sepeti rojak yang bercampur-baur.
Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan 'orang kita' memang tidak dapat dinafikan lagi. Pada mulanya, kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak dalam perbualan merupakan golongan yang kurang fasih berbahasa Melayu, makanya, mereka menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan kosa kata bahasa Melayu yang tidak mereka ketahui.
Tindakan menggunakan bahasa rojak dalam perbualan yang terlalu kerap boleh menjadikan seseorang individu melakukan perkara yang sama dalam penulisan. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat penggunaan bahasa rojak dalam esei yang ditulis oleh pelajar dalam ujian mahupun peperiksaan. Kebiasaan menggunakan jenis bahasa ini di rumah menjadikan para pelajar kurang mengambil berat tentang penggunaan bahasa Melayu baku dalam penulisan mereka.
Menjadi tanggungjawab guru-guru untuk membetulkan kesilapan pelajar dalam berbahasa. Pada pendapat saya, penggunaan bahasa rojak dalam perbualan dibolehkan kerana hal ini dilihat semacam sudah menjadi satu gaya berbahasa yang baru dalam kalangan orang melayu dan penggunaannya mula diterima ramai apabila beberapa kosa kata bahasa rojak dan bahasa pasar sudahpun dijadikan sebagai satu entri dalam Kamus Dewan.
Namun begitu, para pelajar dinasihatkan supaya jangan terlalu kerap mencampur-adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan dan JANGAN sekali-kali menggunakan bahasa rojak dalam penulisan esei bagi tujuan peperiksaan. Hal ini dapat direalisasikan dengan pemerhatian guru-guru di sekolah. teguran ibu bapa di rumah serta paparan kempen berbahasa yang kerap di televisyen.
Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan rakyat Malaysia memang sudah terlalu ketara. Walaubagaimanapun, tindakan ini masih boleh dibendung dengan mengurangkan kadar penggunaannya dalam perbualan harian.
Mari sama-sama berkongsi pendapat dengan saya melalui komen-komen membina anda.
~wassalam~
Nota kaki : Antara penulis blog yang saya kagumi ialah mama murai. Beliau memperjuangkan bahasa dengan gaya tersendiri.
~wassalam~
Nota kaki : Antara penulis blog yang saya kagumi ialah mama murai. Beliau memperjuangkan bahasa dengan gaya tersendiri.
2 ulasan:
saya melayu. tp saya tulis blog bahasa inggeris. xapekah?
fitri :
pendapat saya, tak mengapa asalkan tidak mencampur-adukkan bahasa.
Jika satu entri menggunakan bahasa inggeris, gunakan bahasa yang sama sehingga selesai, begitu juga sebaliknya.
Catat Ulasan